Udang Galah

udang galah border

 

Udang Galah, atau nama saintifiknya “Macrobrachium Rosenbergii”, bersifat omnivor serta cenderung untuk aktif pada waktu malam. Ia hidup dalam air tawar dan air payau seperti di sungai, paya, saliran, tasik dan perairan lain yang biasanya mempunyai hubungan air dengan laut. Pengurusan ternakannya juga mudah serta hanya mengambil jangka masa yang singkat.

 
Kadar tumbesaran setiap udang adalah berbeza bergantung kepada jantina, baka, mutu air serta jumlah makanan yang diperoleh. Ia merupakan makanan laut yang bagus kerana kandungan lemak esensialnya akan menurunkan kolesterol dan mencegah penggumpalan kepingan darah (Ateroskeloris)Selain itu, udang galah juga memenuhi keperluan protein dengan asid amino berprofil lengkapnya yang mudah diserap tubuh. Ianya sangat sesuai dijadikan menu diet kerana kalori energinya yang rendah serta berkeupayaan memaksimakan pelbagai fungsi organ-organ vital tubuh.