Oyster

oyster border

 

Tiram atau nama saintifiknya “Crassostrea Gigas” dimakan samada secara mentah dengan perahan lemon ataupun dimasak. Ianya juga digunakan sebagai bahan utama dalam pembuatan sup dan sos tiram. Kebiasaannya bentuk tiram adalah bujur dan bersegi-segi. Kulit luarnya berwarna gelap keputih-putihan manakala bahagian dalamnya berwarna putih porselin. Isinya pula kaya dengan kalsium, zat besi dan protein.

 

Ada yang mengatakan hidupan marin ini membantu dalam meningkatkan prestasi ‘kesihatan’ lelaki. Tidak kurang daripada itu, oyster juga bagus untuk pembentukan tulang yang kuat serta meningkatkan imunisasi badan. Semasa menyediakan oyster, pastikan air oyster tidak tertumpah dan dihirup kesemuanya sekali kerana air itulah yang memberi rasa tambahan kepada isi oyster. Bagi mereka yang menggemarinya, sampaikan boleh terlupa bilangan yang telah dimakan kerana terlalu asyik dengan rasa uniknya.