Norwegian Salmon

norwegian salmon border

 

Norwegian Salmon, atau Atlantic Salmon dikenali secara saintifik sebagai “Salar Salmon”. Ia merupakan spesies ikan dalam keluarga Salmonidae yang banyak ditemui di utara Lautan Atlantik dan juga di sungai-sungai yang mengalir ke lautan ini. Salmon jenis ini merupakan produk terbaik dari Norway dan hidup dalam persekitaran yang selamat dan sihat.

 

Salmon adalah makanan yang popular. Dikelaskan sebagai ikan berminyak, salmon dianggap sebagai makanan kesihatan kerana kandungan protein dan vitaminnya yang tinggi. Rasanya pula sungguh lazat ditambah pula mengandungi protein Omega-3 yang sangat bagus untuk tubuh dan perkembangan otak manusia.

 

Salmon boleh dimakan mentah, dimasak atau dibakar bergantung kepada selera individu. Kulitnya pula sangat istimewa dan memberi rasa yang menakjubkan apabila digoreng.