Mesej Tauke

IMG_9791

 

Dari Peti Pelubuk Lobster ..

 

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah. Pencapaian bertalu-talu bermula dengan satu tindakan. Kami kini mengorak langkah yang baru dalam memperkuatkan lagi jenama Lubuk Lobster dengan menghasilkan laman sesawang kami sendiri. Langkah ini diharap dapat memberi informasi yang lebih cepat dan pantas bagi penggemar makanan laut mahupun pelanggan Lubuk Lobster sendiri.

 

Syukur Alhamdulillah, sedari 2011 hingga kini sambutan dari para pelanggan amat amat menyatakan sokongan dan menjadi pembakar semangat buat Lubuk Lobster untuk memberikan produk serta servis yang terbaik ! Bermula dengan hanya satu produk Canadian Lobster, kini kami mempelbagaikan lagi produk atas permintaan pelanggan yang sememangnya yakin dengan kualiti Lubuk Lobster .

 

Anda tidak perlu terbang ke kutub dunia dan mengharungi cuaca sejuk melampau hanya semata-mata mahu menikmati kelazatan Red King Crab. Anda juga kini bukan sahaja mampu melihat kosong di kaca televisyen dan mengandaikan sahaja bagaimanakah keenakan lobster .. kerana di Lubuk Lobster kami bawakan semua hasil laut yang jarang ditemui ini terus ke depan pintu rumah anda. Selagi ianya menyenangkan, itu yang akan kami lakukan ..