Latar Belakang

Lubuk Lobster merupakan sebuah syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk membekal serta mengedar hasil laut dalam khususnya lobster. Ditubuhkan pada awal tahun 2011 dengan nombor pendaftaran 002028977-T dan kini giat mengedar lobster secara dalam talian sebagai langkah permulaan.

 

IMG_9778

 

Asal penubuhan Lubuk Lobster bermula daripada pemiliknya sendiri yang terlalu menginginkan kelazatan hasil laut lobster sejak dari usia kecil. Namun disebabkan faktor harga yang agak tinggi serta sukar untuk diperolehi menyebabkan hasrat itu terpaksa dipendam. Dari situlah beliau menyimpan rasa dan berazam untuk menjadikan spesis marin ini sesuatu yang mampu untuk dimiliki. Dengan tertubuhnya Lubuk Lobster menjadikan hasrat terpendam tersebut dapat direalisasikan sekaligus membuka peluang kepada masyarakat untuk menikmati lobster pada harga yang sungguh berpatutan.

 

Tujuan Lubuk Lobster ditubuhkan hanya satu iaitu untuk berkongsi khazanah laut lobster bersama segenap lapisan masyarakat. Sesuatu yang amat menggembirakan apabila lobster dapat dijamu kepada kaum keluarga serta sahabat handai dan kerana itulah moto “Hasil Tangkapan Dikongsi Bersama !” digunapakai.

 

Semoga hasrat dan usaha ini tercapai ..