Jade Tiger Abalone

jade tiger abalone border

 

Jade Tiger Abalone mempunyai kombinasi rasa yang unik serta tekstur isi yang kental dan kenyal. Ia diternak secara eksklusif di perairan Australian Southern Ocean yang bersih dan merupakan makanan istimewa yang dihargai di seluruh dunia. Diimport daripada pembekal yang diyakini di Australia, Jade Tiger Abalone sememangnya mempunyai kualiti daging pada tahap yang tertinggi.

 

Imuniti terhadap penyakit yang kuat menjadikannya selamat untuk dimakan. Turut dikenali dengan nama Ear Shell, Sea Ears, Perlemoen dan juga Paua di sesetengah tempat, abalone menjadikan rumpai laut sebagai makanan utamanya. Kulit cengkerangnya pula mempunyai corak serta gabungan warna yang sangat menarik dan amat sesuai sekali untuk dijadikan barang kraftangan. Merupakan lambang kekayaan, prestij dan juga kemewahan.