Australian Rock Lobster

australian live lobster border
 

Australian Rock Lobster, atau nama saintifiknya “Jasus Edwardsii” adalah spesis yang jarang ditemui dan paling dicari di dunia. Lobster jenis ini berasal dari kumpulan krustasia dan mempunyai kulit yang berduri. Hidup di celah-celah batu karang pada kedalaman 5-200 meter dan menjadikannya sebagai tempat perlindungan. Lobster ini terdapat di seluruh perairan pantai selatan Australia dan juga New Zealand termasuklah Kepulauan Chatham.

 

Lobster jenis ini tidak mempunyai sepit, sebaliknya mempunyai tentakel atau sesungut panjang yang bertindak sebagai senjata untuk mempertahankan diri. Udang spesis tropika cenderung untuk mempunyai warna badan yang lebih cerah dan disebabkan itu abdomen lobster ini berwarna oren kekuningan atau kelabu coklat-keperangan. Australian Rock Lobster diakui secara meluas sebagai lobster dengan kualiti tertinggi kerana tekstur dagingnya yang kukuh dan rasanya yang sangatlah manis.